7 makanan yang perlu dielakkan apabila mengalami sakit sendi

Makanan yang perlu dielakkan apabila sakit sendi

Mengalami artritis atau sakit sendi bermakna anda tidak boleh makan apa sahaja yang anda mahu. Jom ketahui makanan yang dilarang untuk diet pesakit sakit sendi.

Makanan yang dilarang untuk diet individu sakit sendi

Anda memerlukan diet khas yang boleh membantu mengurangkan keradangan di samping mendapatkan nutrisi yang betul. Selain itu, anda perlu mempunyai pengetahuan tentang jenis makanan yang perlu dielakkan.

Berikut adalah senarai makanan yang dilarang untuk diet bagi individu yang mengalami masalah sakit sendi, iaitu:

1. Makanan bergoreng dan yang diproses

Satu kajian mengenai diet dan pencegahan penyakit telah menunjukkan bahawa jika pesakit mengambil kurang makanan bergoreng dan diproses seperti daging goreng atau makanan beku, mereka mengalami kurang keradangan.

Tambahan pula, ketahanan semula jadi badan mereka dapat dikembalikan.

Makanan bergoreng dan yang diproses

Penyelesaian: Kurangkan jumlah makanan bergoreng dan yang diproses, ambil lebih sayur-sayuran dan buah-buahan.

2. AGEs

AGE bermaksud advanced glycation end product. Ia adalah sejenis toksin yang dihasilkan apabila kita memanaskan, membakar, menggoreng, atau mempasteur makanan pada suhu yang tinggi.

Dengan kehadiran AGEs, beberapa protein dalam badan akan rosak. Untuk menguraikan AGEs, badan perlu menggunakan cytokines – bahan menyebabkan radang.

Oleh itu, tempat di mana AGEs ada kebiasaannya berlaku artritis dan jenis keradangan yang lain.

Penyelesaian: Kurangkan pengambilan makanan yang dimasak pada suhu tinggi.

3. Gula dan karbohidrat yang telah ditapis

Semakin banyak gula yang anda ambil, semakin banyak jumlah yang AGEs di dalam darah anda.

Seperti yang dinyatakan di atas, AGEs menyebabkan keradangan, artritis atau sakit sendi.

Penyelesaian: Kurangkan gula-gula, makanan yang diproses, makanan yang dipanggang daripada tepung putih, dan soda.

Makanan yang dilarang untuk diet individu dengan sakit sendi 4. Produk tenusu

Produk tenusu membawa protein yang boleh menyebabkan rasa sakit arthritis.

Makanan yang dilarang untuk diet individu dengan sakit sendi tenusu

Physicians Committee for Responsible Medicine menyatakan bahawa protein tersebut boleh mendatangkan mudarat kepada tisu di sekeliling sendi.

Oleh sebab itu, sesetengah pesakit artritis memilih untuk mengambil diet vegan yang tidak mengandungi produk haiwan.

Penyelesaian: Ambil protein daripada sumber-sumber alternatif seperti sayur-sayuran dan biji-bijian. Bayam, mentega kacang, tauhu, kacang, lentil, dan quinoa adalah pilihan yang baik.

5. Alkohol dan tembakau

Kita semua tahu bahawa penggunaan tembakau dan alkohol adalah punca kepada pelbagai penyakit, termasuk yang memberi kesan kepada sendi.

Kajian telah menunjukkan bahawa perokok lebih cenderung untuk mendapat artritis rheumatoid, manakala pengguna alkohol lebih cenderung kepada gout.

Penyelesaian: Berhenti merokok dan alkohol. Buat dan ikut diet yang sihat, program senaman yang sesuai dan jumlah yang rehat yang betul (tidur yang mencukupi).

Makanan yang dilarang untuk diet pesakit artritis 6. Garam dan bahan pengawet

Pastikan anda tahu semua tentang makanan anda. Ada makanan yang mengandungi terlalu banyak garam dan bahan pengawet lain.

Makanan yang dilarang untuk diet pesakit artritis Garam dan bahan pengawet

Mengambil yang banyak tinggi garam meningkatkan risiko seseorang kepada keradangan sendi.

Penyelesaian: Sila baca label pada makanan dengan teliti semasa membeli. Pastikan ia mengandungi sedikit atau tanpa bahan pengawet dan bahan tambahan.

7. Minyak jagung

Makanan yang dibakar mungkin mengandungi minyak jagung dan minyak lain yang mengandungi tinggi asid lemak omega-6.

Ini semua adalah pencetus kepada keradangan.

Penyelesaian: Berbanding memenuhi citarasa anda dan mengambil terlalu banyak asid lemak omega-6 yang berbahaya terhadap kesihatan anda, lebih baik anda mengambil diet omega-3 yang sihat dan berfungsi sebagai anti-radang.

Sumber utamanya adalah minyak zaitun, kacang, biji rami, dan biji labu. Kajian telah menunjukkan bahawa Omega-3 boleh mengurangkan sakit sendi.

Tip tambahan

Pelan diet tidak sesuai untuk semua pesakit dengan masalah sakit sendi.

Apa yang berkesan bagi seseorang mungkin tidak berkesan untuk orang lain. Cuba cari apa yang sesuai untuk anda.

Secara umumnya, pesakit artritis perlu mengekalkan berat badan yang sihat dan mengikuti pelan pemakanan yang seimbang.