Polisi Penghantaran

  • GRAND VITA menawarkan penghantaran standard dengan menggunakan perkhidmatan kurier atau syarikat-syarikat kurier yang lain bagi tujuan membuat penghantaran pesanan ke seluruh negara.
  • Setiap pesanan akan diproses dan dihantar ke pihak kurier dalam 1 – 2 hari bekerja dari tarikh pembayaran jelas dan termaklum.
  • Tiada penghantaran akan dibuat pada Hari Ahad atau cuti umum.
  • Pastikan alamat lengkap dan betul diberi semasa membuat pesanan. Pesanan dengan alamat yang tidak lengkap atau salah mungkin boleh menyebabkan kelewatan penghantaran.
  • Penghantaran ke alamat Peti Surat Berdaftar (P.O.Box) tidak akan diterima.
  • Caj penghantaran adalah ditentukan oleh pihak kurier mengikut jumlah berat barang dan alamat penerima. Caj penghantaran akan dikira semasa “checkout” sebelum membuat pembayaran.
  • GRAND VITA akan cuba sedaya upaya memastikan pesanan pelanggan dibungkus dengan sebaik-baiknya. GRAND VITA tidak mempunyai kawalan bagaimana penghantaran akan dikendalikan oleh pihak kurier.

1. Tempoh Penghantaran

Anggaran waktu penghantaran bermula dari tarikh penghantaran oleh pihak kurier.

Semenanjung Malaysia: Dalam 1 – 3 hari bekerja

Sabah dan Sarawak: Dalam 5 – 7 hari bekerja

GRAND VITA tidak menjanjikan ketibaan pesanan pelanggan kerana ia bergantung pada pihak kurier.

Jika pihak kurier atas sebarang sebab tidak dapat menepati tarikh penghantaran yang dimaklumkan, kami tidak akan menanggung sebarang kerugian, kos, kerosakan, caj-caj lain atau sebarang perbelanjaan yang dikeluarkan pelanggan berpunca pada kelewatan itu.

Jika pelanggan atau wakil tidak berada di alamat penghantaran ketika pesanan dihantar, pihak kurier akan meninggalkan notis untuk pungutan di pejabat pungutan yang dimaklumkan dalam notis. Jika anda gagal untuk mengambil pesanan di pejabat yang dinyatakan dalam notis dalam tempoh yang ditentukan, pesanan itu akan dikembalikan kepada GRAND VITA. Maka itu, pesanan anda akan dianggap sebagai dibatalkan dan sebarang permintaan untuk pemulangan wang tidak akan dilayan.

2. No. Pengesanan (Tracking No)

Selepas penghantaran dibuat, GRAND VITA akan mengemaskini status pesanan pelanggan dan pelanggan akan menerima e-mel yang mengandungi nombor pengesanan penghantaran dan syarikat kurier yang kami guna bersama dengan resit pembelian. Pelanggan boleh membuat semakan di laman web kurier untuk mengetahui status penghantaran anda.

3. Sebarang masalah mengenai pesanan anda, sila hubungi kami di:

E-mel: Grandvitamalaysia@gmail.com