POLISI PENUKARAN/PEMULANGAN
Utaan terima kasih kepada anda kerana sudi berurusan dengan GRAND VITA.
GRAND VITA sentiasa memastikan pelanggan mendapat produk yang terbaik dan memuaskan hati.
Setiap produk yang dipesan akan diperiksa dengan teliti sebelum kami membuat penghantaran kepada para pelanggan kami.
Polisi Pemulangan & Penukaran & Kos Penghantaran Semula
Di GRAND VITA, kami membenarkan pemulangan dan penukaran produk dilakukan hanya apabila produk yang dibeli mengalami sebarang kecacatan atau kerosakan semasa pembuatan/pengilangan.
Untuk tujuan pemulangan sebegini, sila hubungi kami melalui e-mel: Grandvitamalaysia@gmail.com dalam tempoh tujuh (3) hari selepas menerima produk tersebut.
Produk yang anda pulangkan kepada kami haruslah berada dalam keadaan yang sama semasa ia dihantar, lengkap dengan resit asal, aksesori, pembungkusan dan label yang original. Kos penghantaran balik kepada Grand Vita harus ditanggung oleh pelanggan sendiri.
Produk yang dipulangkan akan diperiksa dengan teliti oleh pihak kami untuk mengesahkan kecacatan atau kerosakan yang dialami.
Jika kerosakan atau kecacatan disahkan adalah semasa pembuatan/pengilangan, kami akan menggantikan produk yang sama kepada pelanggan. Kos penghantaran semula kepada pelanggan akan ditanggung oleh pihak kami.
Pembaikan atau penukaran mungkin ditolak jika kerosakan atau kecacatan bukan semasa pembuatan/pengilangan dan produk tersebut akan dihantar balik kepada pelanggan dan kos penghantaran akan dicajkan kepada pelanggan.
Produk yang disahkan rosak/cacat semasa pembuatan/pengilangan akan digantikan dengan produk yang sama.
Sebarang sebab pemulangan/penukaran selain daripada kerosakan atau kecacatan semasa pembuatan/pengilangan tidak akan dilayan. Sebarang permintaan untuk digantikan dengan wang tunai juga tidak akan dilayan.
Bukti Pembelian
Resit atau invois asal pembelian GRAND VITA anda adalah bukti pembelian terbaik anda.