Sakit Tulang Belakang Dan Cara Merawat

Sakit Tulang Belakang

Sakit belakang merujuk kepada rasa sakit, ketegangan otot, atau stiffness (kaku) di mana-mana bahagian belakang tubuh, yang mungkin melibatkan bahagian punggung atau kaki.

Apakah penyebab sakit tulang belakang?

Sakit belakang khususnya di bahagian bawah merupakan perkara yang kerap terjadi. Kadang-kala penyebab sakit belakang tidak dapat dikenalpasti. Walaubagaimanapun, sakit belakang yang puncanya tidak dikenal pastii merupakan perkara yang tidak serius. Punca lain bagi sakit belakang boleh dikaitkan dengan masalah tulang, otot atau tisu di bahagian belakang.

Sakit belakang yang punca tidak dapat dikenalpasti: 

  • Sakit belakang ini selalunya lebih teruk apabila melakukan pergerakan tertentu, ia boleh datang dengan secara tiba-tiba atau secara beransur-ansur. Ia mungkin disebabkan tarikan otot atau ligamen di belakang.

‘Slipped disc’/disk tergelincir:

  •  truktur tulang belakang terdiri daripada tulang vertebra yang tersusun secara vertikal dan antara tulang vertebra ini terdapatnya disk. Disk ini fungsinya adalah untuk meresap tekanan dialami oleh tulang belakang. Walaupun istilahnya memberi gambaran seolah-olah disk tersebut tergelincir, namun sebenarnya disk tersebut membonjol dan menekan bahagian saraf tunjang. Ini mungkin menyebabkan seseorang yang menghidap sakit belakang akan merasa kebas di sebahagian kaki

Osteoartritis tulang belakang:

  •  Ini adalah sakit tulang yang disebabkan radang sendi tulang belakang. Keadaan ini lebih biasa terjadi kepada golongan tua. Sendi-sendi lain yang boleh mengalami masalah osteoartirits adalah lutut, pinggang, bahu dan jari

Otot kejang/’muscle spasm’:

  • Terdapat banyak jenis otot di bahagian belakang. Otot yang mengalami lebih tekanan atau ditarik dalam arah yang tidak sesuai boleh membawa kepada kekejangan otot tersebut.

‘Ankylosing spondylitis’: 

  • Penyakit ini adalah radang sendi yang dalam jangka masa panjang akan membawa kepada pencantuman tulang vertebra. Ini menyebabkan tulang belakang kurang fleksibel. Sakit ini akan lebih teruk pada waktu pagi. Seseorang yang menghidap penyakit ini akan kelihatan bongkok.

‘Spondylolisthesis’: 

  • Ini adalah keadaan di mana terdapat tulang vertebra yang berganjak dari posisi asalnya dalam struktur tulang belakang. Tulang ini mungkin memberi tekanan kepada saraf tunjang dan menyebabkan sakit belakang.

Jangkitan kuman: 

  • Jangkitan kuman boleh berlaku di struktur seperti disk antara verterbra. Jangkitan kuman di bahagian tulang belakang bukan sahaja menyebabkan rasa sakit tetapi juga boleh membawa kepada demam. Jangkitan sebegini memerlukan antibiotik yang kuat.

Trauma/Kemalangan/Kecederaan:

  • Patah tulang belakang atau retakan tulang belakang mungkin terjadi selepas trauma.

Sindrom ‘cauda equina’:

  • Ini adalah sindrom di mana saraf tunjang di bahagian bawah yang dipanggil ‘cauda equina’ dihimpit. Ini adalah keadaan kecemasan.

Tanda & Gejala Sakit Tulang Belakang

Tanda & Gejala Sakit Tulang Belakang

  • Kebas di punggung, kaki, peha, atau kaki.
  • Kelemahan atau lumpuh otot kaki.
  • Sakit yang merebak hingga ke kaki.
  • Sakit yang menusuk.
  • Pergerakan terbatas untuk aktiviti harian.
  • Gejala berkaitan seperti demam, sakit ketika buang air kecil, atau masalah berkaitan haid.

Rawatan sakit belakang termasuk rehat, regangan, fisioterapi, ubat sapu, dan ubat penahan sakit.

Pencegahan

Bersenam untuk mengelakkan sakit belakang

  • Amalkan postur yang betul ketika duduk, berdiri, dan mengangkat berat.
  • Berehat dan meregangkan belakang secara berkala.
  • Elakkan kecederaan pada bahagian belakang badan.
  • Lakukan pemeriksaan kesihatan berkala.
  • Kekalkan berat badan yang sihat.

Pemulihan

Pemulihan melibatkan fisioterapi untuk memperbaiki kekuatan dan mobiliti anggota badan yang terjejas.

Kelebihan Rawatan Fisioterapi Bagi Sakit Tulang Belakang

Pemulihan daripada sakit tulang belakang melibatkan pelbagai pendekatan.

Kini, fisioterapi muncul sebagai satu kaedah yang berkesan untuk memperbaiki kekuatan dan mobiliti anggota badan yang terjejas.

Kelebihan Rawatan Fisioterapi Bagi Sakit Tulang Belakang

Selain itu, penting untuk memahami bahawa pendekatan rawatan fisioterapi bersifat holistik, yang bermaksud merangkumi aspek fizikal dan emosi pesakit.

Dengan pemahaman yang lebih mendalam mengenai situasi ini, pesakit dapat bekerjasama dengan ahli fisioterapi untuk mencapai keadaan kesejahteraan yang lebih baik dan mengurangkan impak negatif sakit belakang terhadap kehidupan harian.

Berikut adalah beberapa kelebihan rawatan fisioterapi yang patut diberi perhatian:

  1. Menyasar Punca Utama

Rawatan fisioterapi tidak hanya bertujuan untuk merawat simptom sakit tulang belakang, tetapi juga secara khusus menyelidiki dan mengatasi punca utama masalah. Ini membantu memastikan keberkesanan jangka panjang dan mencegah berulangnya keadaan yang sama.

  1. Tanpa Penggunaan Ubat-Ubatan

Kelebihan utama rawatan fisioterapi adalah pendekatannya tanpa bergantung kepada ubat-ubatan. Ini memberikan alternatif yang selamat, terutama untuk pesakit yang mungkin mempunyai sensitiviti terhadap ubat-ubatan tertentu atau mencari penyelesaian holistik untuk kesihatan mereka.

  1. Kesesuaian Mengikut Individu

Setiap pesakit adalah berbeza, dan rawatan fisioterapi dirancang khas mengikut keperluan individu. Terapis fisioterapi akan menyesuaikan program rawatan berdasarkan keadaan fizikal, keupayaan, dan matlamat pemulihan pesakit, menjadikan rawatan lebih efektif dan berkesan.

Secara ringkasnya, objektif rawatan fisioterapi adalah:

  1. Mengurangkan rasa sakit
  2. Memperkuat otot belakang dan abdominal
  3. Mengekalkan julat pergerakan badan
  4. Meningkatkan fleksibiliti badan
  5. Membantu pesakit menjalani aktiviti harian tanpa rasa sakit.

Dengan pengetahuan dan amalan yang betul, kesejahteraan tulang belakang dapat dijaga dengan cermat, membolehkan individu menikmati kehidupan tanpa terbatas oleh kesakitan yang berpanjangan.

Jika anda mengalami gejala sakit tulang belakang atau ingin memulakan rawatan fisioterapi, segera dapatkan nasihat dan bimbingan yang bersesuaian